Wednesday, May 30, 2012

10 Tips Pembentangan Yang Baik Dan Menarik

Posted by Miss AnisSensuous at 9:05 AM

Pembentangan atau presentation adalah satu proses yang memerlukan pembentang untuk berdiri dan bercakap.    Orang Kurang Upaya dan orang yang sakit dikecualikan. Mereka istimewa dan dibenarkan duduk :) Kalau pembentang yang sihat walafiat ni duduk, korang perasan tak tenaga yang ada di antara pembentang dan penonton akan menjadi lemah. Bila tenaga lemah, for sure la pembentangan akan menjadi hambar. 

Antara Tips nya adalah


1. Improve your English
- Cuba untuk berfikir dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Kita tak boleh nafikan bahasa Mat Saleh ni memang sangat penting. Presentation selalunya dalam Bahasa Inggeris. Macam-macam cara korang boleh buat untuk improve English. Dengar lagu English, present dalam English depan cermin, dan juga record video masa kita tengah praktis tu, tengok balik, perbaiki balik apa yang kurang. If we can speak English fluently, all the presentation can be as simple as ABC. Tu dia, makcik speaking London la pulak.tehee. Kalau nak lulus job interview dekat syarikat swasta, nak dapat gaji berbelas, puluh ribu, belajar English sampai terer k :)

2. Jangan stress
- Saya memang tak suka betul dengan stress. Stress ni buat serabut otak dan perut sahaja. Kalau present dalam keadaan stress, senyum pun akan jadi kelat tau. Korang stress, audience pun akan stress. So, jangan stress ye :) 

3. Jangan membaca 
- Penggunaan nota selain nota point penting adalah dilarang sama sekali. Untuk power point pulak, jangan letak semua isi kat dalam slides tu. Letak point penting sahaja. Nama pun POWER point, kan. Jangan pandang skrin sentiasa. Pembentangan haruslah spontan tanpa perlu membaca.

4. Tepati masa
- Timing tu penting. Kalau seminit sahaja masa yang diberi, maksimum seminit saja yang korang boleh ambil. Macam mana nak tahu cukup ke tak masa tu, by practice, darling..practice.

5. Masukkan proses interaksi
- Interact with the audience! Tanya mereka soalan, buat mereka rasa yang kita sedang berkomunikasi dengan mereka.

6. Body language
- Orang boleh membaca gerak tubuh badan kita. Antara body language yang sangat terkesan di hati penonton adalah dengan cara mengangkat tangan (menunjuk) ke arah mana-mana penonton bila korang tanya mereka soalan. Kalau tangan kaku saja, tubuh membongkok, penonton akan hilang rasa hormat kepada kamu. Hilang rasa hormat bermaksud mereka akan hilang tumpuan. Jangan berdiri di satu tempat sahaja. Bergerak. Break the ice.

7. Intonasi dan pitching suara
- Ingat time menyanyi saja ada pitching? Present pun kena ada high dengan low pitching jugak tau. Kalau mendatar saja suara tu, audience pun akan 'mendatar' jugak bila dengar pembentangan tu ;) 

8. Eye contact 
- Pandang audience. Jangan pandang siling atau lantai. Normal sebenarnya bila korang pandang siling dan lantai sebab orang yang nervous atau gemuruh akan cuba untuk hilangkan rasa gemuruh mereka dengan pandang ke tempat-tempat yang saya sebut tadi. Tapi kalau boleh, elak. Jangan biar orang lain tahu yang kamu sedang nervous. Chill :) Bila ada eye contact, orang yang tak tumpu perhatian pun akan memberi respon kepada korang dengan cara mengangguk setuju walaupun diorang cuma berlakon.he. Tak caye, cuba buat :)

9. Rehearsal
- Practice makes perfect is so true. Bila praktis dalam dua, tiga kali, atau lebih akan buat korang lebih bersedia. Banyak kesilapan boleh dielakkan kalau kita terlebih dahulu rehearse. 

10. Bayangkan penonton adalah budak sekolah rendah
- Kalau korang berjaya buat budak sekolah rendah tumpu perhatian dan dengar pembentangan korang, korang boleh present depan semua orang kat dunia ni. Budak sekolah rendah adalah penonton yang paling jujur sekali antara semua penonton. Bila diorang senyap sunyi dengan dahi berkerut, maksudnya diorang dengar pembentangan korang sebab takut kena marah dengan cikgu. Kalau diorang bising maksudnya korang dah buat diorang bosan. Kalau diorang bagi tumpuan, senyum, tengok korang, maksudnya korang dah berjaya tarik perhatian diorang. Bila penonton seronok dengar korang present, korang pun akan jadi seronok untuk present :)


10 tips sahaja yang ada. Ok la kan daripada tak ada langsung.he. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri sebab banyak sangat kelemahan yang saya ada. Tips tu daripada lecturer saya dan ditokok tambah oleh saya. Harap dapat membantu :)

2 comments:

Anonymous said...

thank bg tips yg berguna..

Miss AnisSensuous on October 10, 2012 at 2:36 PM said...

you're welcome :)

 

● Anissensuous ● © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor